Objektif

¨ Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan
diri pelajar   dengan menyediakan peluang, kemudahan latihan dan pengalaman yang
selaras dengan kemampuan dan  potensi pelajar.

¨ Memberi khidmat pencegahan bertujuan menghindar pelajar dari terlibat dengan
perbuatan salah laku disiplin, anti sosial, jenayah juvana, penyalahgunaan dadah dan
lain-lain yang melibatkan pelajar.

¨ Mengadakan khidmat bersifat pemulihan yang bertujuan untuk mengorientasikan
semula pelajar yang bermasalah peribadi, sosial, akademik dan kerjaya agar mereka
mampu menangani dan menghadapi   masalah mereka secara lebih berkesan.

¨ Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

¨ Mengadakan aktiviti bimbingan dan tunjuk ajar supaya mereka mampu menguasai
bidang kemahiran dan   merealisasikan nilai-nilai murni sebagai suatu budaya yang
sesuai dan berteraskan norma-norma masyarakat dan nilai-nilai Islam.

¨ Menyediakan khidmat konsultasi dan rujukan bagi memudahkan pelajar menggunakan
segala kemudahan yang disediakan di sekolah ke tahap maksimum.

¨ Memperkemaskan perkhidmatan dengan menggunakan sistem maklumat berkomputer
bagi meningkatakan prestasi dan kualiti perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling.